Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes Samun Bunuh Di...

KOTA BHARU - Polis Kelantan kini giat memburu seorang suspek dikenali sebagai Nuar...

Tahan Nelayan Indonesia Tangkap...

LUMUT Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Perak menahan sebuah bot nelayan...

Mindef Kerjasama Penuh J/Kuasa...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Siasatan Tadbir...

RM500,000 Untuk Naik Taraf...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM500,000 untuk menaik taraf...

Peniaga Maut Disambar Petir Di Gua Musang

GUA MUSANG – Seorang peniaga yang sedang mengupas kulit buah kelubi di sebuah bangsal di hadapan rumahnya di Kampung Tanah Puteh di sini maut disambar petir, semalam.

Mohd Syamsudin Muda, 52, maut di tempat kejadian pada kira-kira 7 malam akibat kecederaan di bahagian perut dan paha.

Katanya seekor beruk jantan yang ditambat berhampiran bangsal berkenaan turut mati.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata mangsa seorang diri di bangsal itu manakala isteri, Norazila Mohamed Nor, 39, dan lapan anaknya berada di dalam rumah.

Rumah itu kira-kira 20 meter dari bangsal tersebut yang menjadi tempat Mohd Syamsudin berehat bersama keluarga setiap hari sambil mengupas kulit buah kelubi untuk dijual, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rajab Ahad berkata mangsa mengupas buah kelubi itu di bahagian luar bangsal dan kemungkinan selepas dipanah petir mangsa naik ke atas bangsalnya, berbaring dan berselimut.


“Anaknya yang kemudian datang menjengah bapanya, melihat mangsa berselimut dan menyangka bapanya sedang tidur,” katanya.

Mangsa disedari telah meninggal dunia oleh isterinya yang pergi ke bangsal itu untuk melihat suaminya semula.

Beliau berkata mayat Mohd Syamsudin dihantar ke Hospital Gua Musang di sini sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Puteh pagi tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori