Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Kelantan Rampas 272,000...

KOTA BAHARU - Polis Kelantan merampas sejumlah 272,000 biji pil kuda yang dianggar...

Jawatan Menteri Pendidikan Itu...

PUTRAJAYA - ‘Itu hanya spekulasi’ kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengulas laporan...

Buaya Cuba Makan Kura-Kura,...

BUAYA sememangnya memiliki sifat ganas dan menggerunkan namun apabila menyentuh soal makanan, haiwan reptilia...

Penjawat Awam Kini Dipaksa...

BONGKAR... Jika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, ramai penjawat awam secara...

Penjaga Kaunter Spa Didakwa Perdagang Manusia

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga kaunter spa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua beradik warga Indonesia untuk eksploitasi seks.

Lor Weng Thye, 35, mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Lor bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa telah memperdagangkan dua orang wanita yang berusia 22 dan 24 tahun, bagi maksud eksploitasi seks.

Dia dituduh di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda.

Lor didakwa melakukan kesalahan itu di Milennium Club & Spa, Jalan 5/101C, Off Jalan Kaskas, Cheras, di sini pada 3 petang, 21 September lalu.


Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam. Lor tidak diwakili peguam.

Azura membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 17 November untuk sebutan kes serta 23 Disember depan sebagai tarikh bicara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori