Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Ibadat Di Masjidil...

MAKKAH - Aktiviti ibadat di Masjidil Haram berjalan seperti biasa dengan jumlah jemaah...

Lesen 34 Syarikat Jualan...

KUALA LUMPUR - Lesen 34 syarikat jualan langsung dan skim piramid (MLM) telah...

Pemuda MIC Gesa Tarikh...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC menggesa Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menukar tarikh undian...

PRU15: Empat Cawangan BERSATU...

KUALA BERANG : Empat daripada 15 Cawangan BERSATU Bahagian Hulu Terengganu ditutup dengan...

Penjawat Awam Sabah Dapat Bantuan Khas RM500

KOTA KINABALU – Penjawat awam negeri di Sabah akan diberi bantuan khas RM500, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata anggota Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) akan turut menikmatinya yang akan dibayar Januari tahun depan.

“Bantuan khas ini sebagai menghargai khidmat penjawat awam yang menjadi nadi dan jantung kerajaan selama ini,” katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Pada masa sama, Musa melahirkan rasa kesal dengan penahanan penjawat awam negeri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berhubung skandal salah guna kuasa membabitkan pemberian projek infrastruktur bernilai berbilion ringgit.


“Ia bukan sahaja memberi kejutan, tetapi sekali gus mengaibkan kita semua,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan persetujuan kerajaan negeri untuk menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan bagi penjawat awam negeri kepada RM500,000 daripada RM350,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori