Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Pernah Rancang...

BACHOK - Sepasang suami isteri serta empat orang anak yang rentung dalam kemalangan...

Hidangan Kambing Golek Dan...

PARIT BUNTAR - Hidangan kambing golek dan kambing bakar kini semakin popular pada...

PM Lancar Mahkamah Kes...

PUTRAJAYA - Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam...

PUTRAJAYA – Rasuah dalam perkhidmatan awam turun ke paras ‘amat rendah’ sejak kerajaan...

Penjual Sayur Dijel 3 Tahun Cederakan Rakan Serumah

KUALA LUMPUR – Seorang penjual sayur dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan rakan serumahnya sehingga retak tapak tangan.

Hakim Zaman Mohd Nor menjatuhi hukuman itu ke atas Mohd Ibrahim Abdul Rahim, 39, warganegara Myanmar, selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada Mohd Kassim Isa, 28, penjual sayur senegaranya.

Tertuduh didakwa memukul dengan menggunakan sebatang kayu sehingga retak tulang pada bahagian belakang tapak tangan sebelah kiri, di rumah sewa mereka di Jalan Batu Hampar, Kampung Selayang Lama, Batu Caves di sini pukul 9.30 pagi pada 6 November lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh secara tiba-tiba datang memukul mangsa ketika mangsa sedang membaiki paip di dalam rumah sewa mereka, dipercayai ekoran salah faham.

Tertuduh juga dihukum penjara enam bulan dan satu sebatan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.


Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau sebat.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dengan pertuduhan pertama bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 7 November lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar pulang ke negara asal selepas menjalani hukuman.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori