Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Karim Benzema Terbabit Kes...

PARIS - Penyerang pasukan Real Madrid, Karim Benzema disyaki terbabit dalam satu cubaan...

Dua Polis Dan Tiga...

Dua anggota polis dan tiga penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan ke...

Guru, Masyarakat Perlu Bekerjasama...

TAWAU - Para pendidik dan masyarakat setempat perlu bekerjasama rapat dalam usaha melahirkan...

Objek Pelik Yang Buat...

APAKAH sebenarnya objek pelik yang ditemui ini? Adakah ia haiwan, tumbuhan atau lebih...

Kecoh Bila ‘Penumpang’ Berbisa Dalam Pesawat Mexico

KEADAAN panik terjadi apabila penumpang menyedari seekor ular berbisa turut menjadi sebahagian daripada ‘penumpang’ kapal terbang Aeromexico di Mexico, baru-baru ini

Reptilia hijau itu tiba-tiba muncul dari ruang bagasi atas dalam kapal terbang dan terjuntai sebelum terjatuh.

The Guardian melaporkan, kejadian tersebut berjaya dirakam seorang penumpang, Indalecio Medina yang terkejut apabila penumpang di sebelahnya menjerit selepas melihat ular tersebut.

“Saya sedang membaca majalah dan penumpang sebelah menjerit ‘Oh my word!’,” katanya yang menganggarkan reptilia itu berukuran kira-kira 1 meter panjang.

Menurutnya, penumpang bangun menyelamatkan diri dan ada di antara penumpang yang terperangkap berdekatan dengan kawasan ular tersebut’ mendarat’.

“Ini adalah satu keadaan yang menakutkan tetapi penumpang kelihatan tenang dan tiada yang histeria akibat kejadian itu,” katanya.

Profesor sebuah universiti itu dilaporkan membantu menangkap ular tersebut menggunakan selimut.


Penerbangan dari Torean ke bandar Mexico itu dilaporkan diberi kebenaran untuk membuat keutamaan mendarat.

Aeromexico dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut dan akan mengambil langkah bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

Kejadian tersebut menjadi viral di laman sosial dan netizen menganggap ianya seperti dalam adegan filem yang dilakonkan Samuel L Jackson iaitu Snakes on a Plane yang ditayangkan pada 2006. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori