GARA-GARA terpedaya dengan kata-kata dukun, seorang lelaki percaya dia menjadi halimunan lalu bertindak mencuri daging di sebuah pusat penyembelihan, sebelum ditangkap, dibogelkan dan dipukul oleh pekerja di pusat terbabit yang terletak di bandar Enugu, Nigeria.
Lelaki berkenaan juga terpaksa diselamatkan oleh polis selepas pekerja di situ mahu membunuhnya kerana dia mengamalkan ajaran ilmu hitam.
Dia sebelum ini sudah beberapa kali mencuri daging dari pusat penyembelihan terbabit namun disebabkan wajahnya yang begitu `yakin’, pekerja di situ tidak menghiraukannya.
Mereka menyangka dia merupakan pembeli daging.
Namun apabila daging-daging daripada beberapa ekor lembu dan separuh kambing biri-biri hilang barulah mereka mengesyakinya.
Pada hari dia ditangkap, lelaki itu hampir digantung namun mujurlah polis menyelamatkannya. Dia kini ditahan di penjara dan didakwa mencuri.
Polis turut menemui tangkal yang dililit di kakinya dipercayai kononnya untuk menjadikan dia sebagai halimunan. – MYNEWSHUB.CC