Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Gambar Pelawak Bersama Wanita...

SATU gambar kumpulan pelawak penghibur kanak-kanak yang dikenali sebagai Chuckle Brothers bersama-sama dengan...

9 Hakim Mahkamah Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan akan mula...

Nga Kor Ming Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan dipanggil ke Bukit...

Video: Kejam Sungguh! 5...

SAAT kami membaca posting ini di Facebook, kami sendiri terkejut dan berang. Bagaimanalah...

Para Lelaki – Tolong Hentikan Kejar Ieyka Yea!

SEORANG pengguna laman sosial dengan nama samaran naDa QL_fArM telah berkongsi luahan seorang remaja bernama Ieyka yang telah memuat naik status tentang ciri-ciri lelaki yang layak mendampinginya.

Menerusi status yang tersebar itu, remaja itu mendakwa dirinya telah penat dikejar oleh lelaki ‘kebanyakkan’ yang tidak setaraf atau setanding untuk menjadi teman lelakinya.

“Hai Ieyka nak explain ngan korang nie…stop la kejar Ieyka.. Ieyka takde mood la nak layan lelaki tak standard macam korang ni,” luahnya.

Remaja berkenaan menegaskan bahawa dia mempunyai pilihan sendiri dan menyenaraikan golongan-golongan yang menaiki motosikal jenis EX5, 125Z, RXZ dan menggunakan kereta Proton serta telefon bimbit jenis ASUS, OPPO dan VIVO tergolong dalam golongan yang tidak layak mendampinginya.

“Ieyka ada life dan plihan sendiri tau.. kalau setakat u all pakai moto EX5…125z…RXZ… kereta buruk macam proton…guna handphone ASUS…OPPO…VIVO..maaf Ieyka memang tak layan lelaki macam tu…Ieyka penat tau di kejar-kejar,” katanya.

Selain itu, Ieyka juga turut menyenaraikan ciri-ciri ‘putera idaman’ yang menjadi pilihannya dan pantas menjadi kekasihnya.

Semestinya mereka itu ‘wajib’ dari golongan lelaki-lelaki yang menggunakan motosikal dan kereta serta barangan mewah.


“Lain la kalau korang guna motor NINJA…Kereta Mercedes.. Handphone iPhone..itu baru lelaki pilihan Ieyka…so? STOP kejar-kejar Ieyka,” jelasnya.

Apa pun pilihan adik, kami doakan adik berjaya dapat.

Kepada lelaki di luar sana, tolong jangan ganggu dia lagi sebab dia perlukan rehat yang secukupnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori