Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pejabat Simpan Resit, Kompaun...

Kuala Terengganu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan kebakaran...

TPM Tekad Tangani Masalah...

SRI AMAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

GRO Vietnam Tawar Seks...

IPOH - Sebanyak 11 wanita warga Vietnam yang dipercayai menawarkan khidmat seks ditahan...

Stesen Minyak Di Kelantan...

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan mengesan...

Perhimpunan: Bersih 5.0 Belum Penuhi Prasyarat – KPN

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bersih 5.0 masih belum memenuhi prasyarat untuk menganjurkan sebarang perhimpunan pada 19 Nov, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Khalid berkata pegawai penjaga Balai Dang Wangi dan Brickfields ada menerima notis daripada penganjur, bagaimanapun, kedua-dua notis itu gagal mematuhi prasyarat dalam Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

“Antara lain, kedua-dua notis itu menyatakan Dataran Merdeka sebagai venue bagi perhimpunan itu, tetapi tiada surat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dikemukakan sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 10 (C) dan Seksyen 11 PAA 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalid mengulas artikel bertajuk ‘Semua sudah dipatuhi, Bersih 5 Diteruskan’ yang disiarkan sebuah portal dalam talian hari ini yang melaporkan Bersih 5.0 akan meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan itu kerana ia telahpun memenuhi prasyarat PAA 2012.

“Sehingga hari ini, tiada notis berhubung perubahan venue yang dikemukakan kepada polis,” katanya, dan menambah, memandangkan tiada surat kebenaran diperoleh, kumpulan itu dipercayai membuat keputusan untuk berhimpun di luar Dataran Merdeka.


Khalid berkata polis tidak dapat memproses notis berkenaan disebabkan bukan semua prasyarat bagi suatu notis yang sewajarnya, dipatuhi penganjur.

“Sehubungan itu, sekiranya penganjur meneruskan perhimpunan berkenaan, ia merupakan kesalahan kerana gagal memberi notis mengikut PAA 2012.

“Penganjur juga terikat dengan prosedur sama dalam menganjurkan konvoi Bersih,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori