Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

9 Tahun Berlalu, Keluarga...

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan...

Al-Sultan Abdullah Sering Bertanya...

KUALA LUMPUR - Mengimbau pertemuan rasmi di sebuah restoran makan Jepun di ibu...

Keputusan menamatkan Perkhidmatan Dr...

SERDANG - Keputusan menamatkan perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional...

Pemandu Mabuk Langgar Warga...

Port Dickson : Polis menahan lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga...

Perhimpunan Bersih 5 Berjaya, Maka Perlu Bebaskan Anwar?

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar seolah-olah sudah hilang akal apabila menggesa kerajaan supaya membebaskan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya kerana perhimpunan Bersih 5 semalam.

Beliau membuat gesaan itu hanya kerana mendakwa kononnya perhimpunan Bersih 5 telah berlangsung dengan jayanya di ibu negara semalam, maka Anwar perlu dibebaskan dengan segera.

“Rakyat sudah semakin jelik dengan pentadbiran negara yang mana jelas dibuktikan dengan himpunan `puluhan ribu’ rakyat di Pusat Bandaraya semalam.

“Selamatkan Malaysia! #BebasMaria #BEBASANWAR #BebasRakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, ramai beranggapan perhimpunan Bersih 5 semalam sebenarnya satu kegagalan buat parti pembangkang dan kumpulan anti kerajaan kerana cuma kira-kira 15,000 orang menyertainya.

Umum juga mengetahui hampir semua yang menghadiri perhimpunan itu semata-mata ahli parti pembangkang yang memang diketahui `kaki demonstrasi jalanan’ sejak tahun 1998.


Sedikit peningkatan kaum Melayu dalam perhimpunan Bersih kali ini pula disebabkan penyertaan pengikut setia bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan anti kerajaan dan parti pembangkang pada asalnya merancang untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 yang mendapat sambutan ratusan ribu rakyat Malaysia.

Penganjur Bersih 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun masyarakat telah menyedari ia cuma strategi politik untuk memenangkan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori