Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sultan Pahang Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis...

Lelaki Korea Utara Yang...

KUALA LUMPUR - Suspek keempat yang ditangkap atas kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi...

Juara Dunia Moto3 Joan...

SEPANG - Juara baharu dunia Moto3, Joan Mir dijangka menguasai perlumbaan Moto3 Grand...

KWSP Lulus 367 Dana...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluluskan 367 dana unit amanah...

Perkukuh Kebersatuan Depani Cabaran PRU14

KUALA LUMPUR – Perkukuh kebersatuan anggota parti dan berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat, antara intipati amanat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata penekanan itu diberikan sebagai strategi untuk parti dalam mendepati pelbagai cabaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.

“Presiden menyatakan hanya kebersatuan dan khidmat sepenuh hati mampu menangani pelbagai cabaran yang sedang ditanggung parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula berkata amanat presiden itu adalah signal jelas supaya semua anggota terus bersiap-siaga memikul tanggungjawab memenangkan parti demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata selain memberi fokus kepada persediaan dan kemenangan PRU-14, Najib turut menggunakan sesi taklimat tersebut untuk memberi kefahaman kepada semua perwakilan terhadap usaha beliau dalam melestarikan parti terbesar Melayu itu dan menambah baik pentadbiran negara.


Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula melihat amanat presiden itu sebagai faktor pengerak bagi anggota UMNO bekerja kuat dalam membela nasib rakyat.

“Mesej presiden ditujukan khusus kepada para pemimpin UMNO sebab tanggungjawab yang digalas kini semakin berat kerana kita tiada pilihan lain selain menang dalam pilihan raya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori