Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemetik Api Menyerupai Senapang...

MIRI - Polis menemukan dua pemetik api yang menyerupai senapang dan pistol di...

Peniaga Di Wang Kelian...

ARAU - Peniaga tempatan yang mendapat lesen berniaga di kawasan Pos Imigresen Wang...

Penjual Ayam Miliki Motosikal...

KUALA LUMPUR - Keseronokan seorang penjual ayam hanya bertahan beberapa jam selepas dia...

2 Penyu Terdampar Di...

KUALA TERENGGANU - Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang di Dungun telah menyelamatkan...

Permohonan Untuk Pinjaman Ditolak Kerana Tiada Cap Jari

MALANG menimpa seorang pemuda berusia 25 tahun, Wu Jianping apabila bank menolak permohonannya untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah hanya disebabkan dia gagal menyediakan cap jari.

Keadaan ini disebabkan Wu mengalami kudung kedua-dua belah tangan. Dia kehilangan kedua-dua tangan selepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.

Meskipun Wu boleh menulis dengan menggunakan mulutnya namun bank masih meminta cap jari bagi mengesahkan pengenalannya..

Kegagalan pemuda yang berasal dari Zhengzhou, China untuk mendapat pinjaman itu telah mendedahkan kegagalan sistem birokrasi yang masih percaya bahawa cap jari merupakan kaedah untuk mengikat sesuatu mengikut undang-undang.

Hanya selepas masalah Wu itu diketengahkan oleh media, barulah bank-bank yang menolak permohonannya itu menukar fikiran.


Pada masa sama, biro pengurusan perumahan juga telah merayu kepada pihak bank agar cara lain digunakan untuk pengesahan kad pengenalan supaya individu lain yang mengalami keadaan sama seperti Wu, tidak akan berdepan masalah seperti itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori