Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Penjenayah Ditembak Mati

KULAI - Hanya selepas 30 minit cuba melarikan diri daripada polis dengan turut...

Remaja Lemas Terjatuh Dari...

KUCHING - Seorang remaja lelaki yang lengkap berpakaian seragam sekolah ditemukan lemas selepas...

Bintang Pop, Prince Meninggal...

Ikon pop popular, Prince meninggal dunia di rumah kediamannya yang terletak di Mennesota,...

Jumlah Kematian Rusuhan Rwanda...

KIGALI - Jumlah kematian akibat rusuhan semasa penyerahan bantuan makanan meningkat kepada 11...

Perut Berlubang Selepas Tertelan Jarum Pengasah

BRISSTOL (Britain) – Seorang wanita mengalami kecederaan dalaman termasuk perut berlubang selepas tertelan jarum pengasah pergigian ketika mendapat rawatan daripada seorang doktor gigi di sini baru-baru ini.

Vanessa Snary, 29, berkata, ketika kejadian dia diberi ubat bius di mulut dan dia tidak merasai jarum tajam itu jatuh ke dalam mulut ketika mendapat rawatan.

Katanya, dia mula tercekik apabila jarum sepanjang tiga sentimeter itu tersangkut di tekaknya.

“Ia berlaku dengan pantas dan saya tidak tahu apa yang menyebabkan saya tercekik. Saya sangat takut kerana tidak tahu apa yang saya telan,” katanya.

Ujarnya, doktor segera membawanya ke hospital dan pemeriksaan sinar X-ray mendapati ada jarum di bahagian atas perutnya.

“Doktor memberitahu pembedahan perlu dilakukan segera kerana jarum itu mencederakan usus, perut dan tekak saya.


“Saya bernasib baik kerana doktor berjaya mengeluarkan jarum berkenaan selepas melakukan pembedahan kecil,” ujarnya.

Menurutnya, jarum itu menyebabkan perutnya cedera dan dia juga tidak boleh bercakap selama seminggu kerana peti suaranya luka.

“Apa yang paling teruk saya dibuang kerja oleh majikan kerana mengambil cuti terlalu lama,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori