Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PDRM Tidak Setuju Ganja...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bersetuju dengan langkah meluluskan penggunaan...

FAM Janji Bantu Masalah...

PULAU PINANG - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji akan cuba memberi bantuan...

Menang Piala Malaysia, Selangor...

Susulan kejayaan pasukan itu menjulang Piala Malaysia, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed...

Import Baharu JDT Rodríguez...

KUALA LUMPUR - Pemain import baharu Harimau Selatan, Patricio Julián Rodríguez tiba di...

Pesakit Virus Zika Pertama Di Malaysia Beransur Sihat

SHAH ALAM – Wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanik, Klang, yang merupakan rakyat Malaysia pertama dijangkiti virus Zika pada akhir Ogos lepas, kini beransur sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Daroyah Alwi berkata setakat ini, tiada anggota keluarga dan rakan terdekat mangsa dilaporkan dijangkiti virus itu.

“Ini disebabkan tindakan pantas yang dilakukan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dr. Daroyah (PKR-Sementa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) yang ingin tahu perkembangan terkini pesakit berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr. Daroyah berkata sejumlah 11 subteam Unit Vektor PKD Klang telah menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan, antaranya pemusnahan tempat pembiakan, aktiviti ‘larvaciding’ dan sembur kabut di lima lokaliti iaitu di rumah pesakit, rumah adik lelaki pesakit, sebuah klinik dan dua restoran di Klang.


Menjawab pertanyaan Shuhaimi mengenai jumlah kes Zika yang telah dikesan di Selangor, beliau berkata sehingga 24 Oktober lepas, hanya satu kes Zika dilaporkan di negeri itu.

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia mencatatkan empat kes positif virus Zika setakat ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori