Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 109,000 Kanak-Kanak Diberi...

KOTA KINABALU - Kira-kira 109,200 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di Sabah diberikan...

5 Kisah Paling Mengejutkan...

1. AHLONG MENGGANAS! BAKAR RUMAH & KENDERAAN MANGSA!Seorang mangsa Ahlong terpaksa hidup seperti...

TV3 Nafi Isu ‘Pilih...

BERIKUTAN kontroversi gara-gara pengakuan 'berani mati' bekas peserta Clever Girl, Noor Syakirah Mohd Azam...

4 Sungai Di Pahang...

Kuantan : Empat sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras amaran...

Pesara Tangkap Ikan Maut Dibaham Buaya Di Pelabuhan

LAHAD DATU – Seorang bekas kakitangan Majlis Daerah Lahad Datu yang baru bersara pada September lepas, maut dibaham buaya dalam kejadian pada tengah malam Selasa di pelabuhan Industri Kluster Minyak Sawit (POIC) dekat sini.

Mayat Tigahari Madjami, 60, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bomba di sekitar lokasi kejadian kira-kira pukul 12.33 tengah malam Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Mohd. Afendi K Ramin dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 12.07 tengah malam dan 10 anggota SAR bergegas ke tempat kejadian.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Iman Ali ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menangkap ikan di pelabuhan POIC.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Semporna dengan bantuan Majlis Daerah selepas dibedah siasat.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori