Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bayi Salad, Wajarkan Dipermainkan...

CHINA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Bayi salad. Mungkin bagi keluarga ini, tindakan mereka meletakkan bayi tersebut...

Kelantan Perlu Tingkat Prestasi,...

KOTA BAHARU - Kekalahan pada perlawanan pramusim Liga Malaysia memberi isyarat kepada pemain...

2 Lelaki Dicekup Bawa...

Dua lelaki ditahan polis selepas didapati membawa senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir...

Bekas Permaisuri Fail Petisyen...

KUALA LUMPUR - Bekas Raja Permaisuri Agong Siti Aishah Abdul Rahman memfailkan petisyen...

Peserta Bersih 5 ‘Hina’ Masjid Negara, Azan Zohor

BELUM lagi berjaya memerintah Malaysia, namun gelagat peserta Bersih 5 masih tidak berubah apabila tergamak mencemarkan Masjid Negara di ibu negara setiap kali perhimpunan haram itu.

Seperti kelaziman, ratusan penyokong pembangkang termasuk beragama Islam sanggup menjadikan kawasan masjid kebanggaan warga kota itu antara lokasi wajib mereka untuk berkumpul sebelum berarak ke lokasi lain.

Tinjauan mendapati kira-kira 400 orang berbaju warna kuning termasuk wanita Muslim berhimpun di sekitar Masjid Negara sejak awal pagi Sabtu sebelum bergerak ke Dataran Merdeka yang dikawal ketat pasukan polis.

Malangnya, sudahlah tidak mengimarahkan rumah Allah SWT itu dengan tuntutan amalan ibadah, para peserta perhimpunan haram Bersih 5 itu juga mengotorkan masjid tersebut dengan segala kekotoran sisa sampah sarap.

solat2

Ia sekali gus mencacatkan pemandangan persekitaran dan lebih memburukkan keadaan, ada berani menggunakan pembesar suara menyampaikan ucapan politik yang tidak sepatutnya dilafazkan di tempat ibadat umat Islam itu.


Tidak cukup itu, sebilangan peserta juga didapati bertindak kurang ajar apabila sengaja membuat bising dengan menyanyikan lagu tertentu secara kuat ketika azan Zohor berkumandang dari sebuah masjid yang berdekatan.

Kebiadapan peserta demo haram itu berterusan lagi apabila sekumpulan mereka menunaikan solat fardu Zohor di atas jalan raya sehingga mengganggu aliran trafik walhal berhampiran kawasan itu ada banyak surau dan masjid.

Tinjauan bagaimanapun mendapati majoriti besar peserta jalanan tanpa permit Bersih 5 itu penyokong totok DAP khasnya etnik Cina termasuk ada berani bawa anjing sebagai tanda sokongan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori