Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembelajaran Tulisan Jawi Tetap...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi...

Lelaki Hancur Empat Jari...

ALOR SETAR : Hasrat seorang lelaki menghalau anjing liar yang mengganggu ternakan kambingnya,...

Felda Sangkal Dakwaan Sarawak...

ARTIKEL Sarawak Report bertarikh 2 Mac 2018 dan penyebaran maklumat berhubung dakwaan kononnya...

Pengurusan Kes Rayuan Peguam...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 April untuk satu lagi pengurusan kes rayuan...

Piya Masih Pertimbang Kontrak Baharu Kafa

KOTA BHARU – Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzimasih mempertimbangkan tawaran kontrak baharu daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Mohd Badhri, 34, yang juga tonggak tengah berpengalaman mengakui KAFA ada menawarkan kontrak baharu kepadanya untuk kekal bersama pasukan itu tetapi memerlukan masa bagi memikirkan sama ada mahu kekal atau sebaliknya.

“Saya juga ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan lain, namun masih ingin terus menabur khidmat bersama Kelantan. Beberapa perkara perlu dibincangkan termasuk soal gaji,” kata pemain yang lebih dikenali sebagai Piya, kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau adalah antara pemain utama Kelantan selain Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Daudsu Jamaludin, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Zairul Fitree Ishak yang bakal tamat kontrak akhir bulan ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KAFA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori