Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Muat Naik Video Kecewa,...

SEBELUM ini kita digemparkan dengan kemanisan episod 'cinta' penyanyi, Nabila Razali dan pelakon...

Russia Mungkin Bahagikan Ukraine...

KYIV: Ukraine semalam menyatakan bahawa Russia, yang pasukan tenteranya sedang menghampiri ibu kota...

Isu Hak Cipta Swafoto...

AKHIRNYA penyelesaian berjaya dicapai berhubung hak cipta terhadap sekeping gambar yang memaparkan seekor...

Pemain Kelas Dunia Lebih...

KUALA LUMPUR - Ekoran kekalahan awal pemain kelas dunia di Kejohanan Masters Malaysia,...

PKFZ: Phang Bebas Tuduhan Pecah Amanah RM254.85j

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O.C. Phang atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 juta berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selepas tujuh tahun menghadapi pertuduhan, Hakim Slamat Yahya semalam melepaskan dan membebaskan Phang daripada pertuduhan selepas Jabatan Peguam Negara membenarkan representasi Phang berhubung pertuduhan.

Peguamnya Francis Ng Aik Guan ketika dihubungi berkata pihak pendakwa memohon supaya Phang dibebaskan tetapi tidak terlepas daripada pertuduhan tetapi beliau menolaknya dan memohon anak guamnya dibebaskan sepenuhnya.

“Hakim membenarkan permohonan itu dan membebaskan anak guam saya,” kata beliau.

Perbicaraan kes telah bermula dan mahkamah telah mendengar keterangan daripada tiga saksi pihak pendakwa.


Pada Disember 2009, Phang dituduh, sebagai pengurus besar yang diamanah dengan penguasaan ke atas dana dalam akaun di RHB Bank Berhad, telah melakukan pecah amanah melibatkan wang RM98,700,000 di Lembaga Pelabuhan Klang di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 1 Oktober, 2004 dan 5 September, 2005.

Dia juga dituduh melakukan dua lagi kesalahan pecah amanah melibatkan RM21,600,000 dan RM134,550,000 di tempat yang sama, masing-masing antara 30 September, 2005 dan 9 Mei, 2006 dan antara 1 Jun, 2005 dan 13 Januari, 2006.

Phang dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori