Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu PM Kalau...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago belum matang dalam pengetahuannya...

Kementerian Nafi Surat Isu...

PUTRAJAYA - Tular menerusi media sosial apabila sekeping surat mengenai pengedaran dadah baharu...

Shukri Jadi Peluncur, Kisah...

BETUL ke kata orang kalau lelaki cukur licin ketiak, habis sifat kelelakiannya? Atau...

Suami Maut Ditikam Isteri...

MUAR - Perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap suami yang tidak pulang ke...

PKR Minta Pakatan Terima Dasar Islam Agama Rasmi

KUALA LUMPUR – Seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pakatan Harapan yang diketuai DAP supaya menerima dasar Islam agama rasmi, mempertahan institusi raja dan bahasa Melayu bahasa kebangsaan untuk gabungan parti pembangkang itu.

Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), Aiman Athirah Al Jundi berkata, langkah itu sebagai usaha memujuk kaum Melayu menyokong Pakatan Harapan bagi menumbangkan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau mendakwa, dasar yang pernah terkandung dalam Buku Jingga mengenai dasar Pakatan Rakyat sebelum ini tersebut bukan bersifat rasis.

“Kalau kita abaikan ketakutan pengundi Melayu, UMNO akan terus memimpin selepas PRU14. Agenda Melayu Islam itu bukan bersifat rasis. Harap tsunami orang Melayu melanda ke Putrajaya,” katanya pada Konvensyen Pakatan Harapan seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini.

Pakatan Rakyat dibubarkan pada tahun lalu oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana PAS enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam.


Dasar Pakatan Harapan waktu itu tertakluk kepada Buku Jingga yang menggariskan aspek kerjasama diantara parti-parti pembangkang, namun ia sukar dipenuhi oleh ketiga-tiga parti yang berlainan ideologi.

Portal berita itu turut dilaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menghadiri konvensyen tersebut dan mendapat sorakan gemuruh peserta dengan laungan reformasi yang dipopularkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 bagi menumbangkan kerajaan waktu itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori