Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

BAM Bersikap Terbuka Jika...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersikap terbuka sekiranya beregu lelaki negara,...

Baca Yasin Sempena Hari...

KUALA KANGSAR - Lebih 1,000 orang menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat sempena...

“Kita Perlu Rendah Diri,...

PETALING JAYA - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkata, sebagai...

Najib Ke SPRM Isu...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir...

PKS Digesa Manfaat Peluang Ceburi Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia digesa memanfaatkan peluang disediakan agensi kerajaan seperti, Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), untuk menceburi ekonomi digital.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong, berkata Matrade menyediakan insentif, termasuk yuran penyenaraian antara RM3,000 dan RM4,000, untuk syarikat menyenaraikan produk mereka bukan hanya kepada pengguna Malaysia malah pengguna lain melalui Internet.

Beliau berkata usaha itu, adalah seiring pelantikan pengasas Alibaba, Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan Malaysia, untuk mempelbagaikan ekonomi negara dalam bidang e-dagang.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pelantikan itu akan membuka bidang baharu untuk ekonomi Malaysia.

Antara projek berkaitan ialah zon perdagangan bebas digital, yang akan dilancarkan bersama-sama Ma pada Mac 2017.

Pelaksanaan zon perintis dalam dunia itu diumumkan semasa pembentangan Bajet 2017.


Mengenai zon perdagangan bebas digital, Chua berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan pihak-pihak pemegang kepentingan untuk mewujudkan ekosistem bagi memudahkannya.

“Kami akan mengumumkan garis panduan itu tidak lama lagi. Setakat ini, kami masih meneliti beberapa pengawalseliaan seperti pengisytiharan Kastam,” katanya.

Beliau berkata zon perdagangan bebas digital akan menjadi hab, yang merupakan kerjasama antara semua industri dan ia lebih cekap dan diperkemaskan dengan kurang birokrasi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori