Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: Norhizam Sedia Tanding...

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan...

MYREN-X Tak Melibatkan Kos...

KUALA LUMPUR - Pembangunan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Gigabit sesaat...

APMM, Petronas Kerjasama Tingkat...

PULAU MANTANANI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan PETRONAS menganjurkan program kesedaran...

Arab Saudi Laksana Semula...

RIYADH – Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci semalam mengumumkan pelaksanaan...

Polis, BNM Digesa Siasat Dakwaan Dana Asing

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) terus digesa menyiasat akaun beberapa organisasi tempatan serta individu yang didakwa menerima pembiayaan dana asing daripada jutawan George Soros.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM), antaranya mahu BNM menyiasat akaun beberapa individu termasuk John Pang yang didakwa terlibat dengan penyaluran dana kepada Kumpulan Bersih.

Ketua Setiausahanya, Hamdan Mohd Salleh berkata kumpulan terbabit jelas menjalankan pelbagai aktiviti yang dikhuatiri boleh menjejaskan negara.

Justeru, beliau berkata JMM bertindak menyerahkan senarai nama syarikat dan individu kepada BNM untuk memperhalusi serta menggunakan kaedah yang ada bagi menyekat sumber kewangan yang masuk ke dalam akaun mereka.

“Mereka (syarikat dan individu) dilihat ancaman besar kepada keselamatan negara dan Bank Negara perlu menghalang mana-mana pihak yang menerima dana daripada pihak luar untuk menggulingkan kerajaan sedia ada,” katanya selepas menyerahkan senarai nama tersebut kepada wakil Bank Negara, di sini, hari ini.

Hamdan berkata Bank Negara juga harus memperketatkan kemasukan dana asing ke dalam akaun individu tempatan sebagai langkah proaktif mengekang penyaluran dana daripada pihak luar yang boleh menjurus kepada usaha menguasai politik negara.

Selasa lepas, Presiden JMM Datuk Azwanddin Hamzah menyerahkan dokumen sulit setebal 24 muka surat kepada pihak polis yang dikatakan mengandungi bukti beberapa individu termasuk Pang dalam isu sama.


Dalam pada itu, di KOTA BHARU, Pemuda UMNO Kelantan dan tiga badan bukan kerajaan (NGO) mahu PDRM bertindak tegas jika terdapat bukti sahih bahawa Bersih menerima dana asing yang berniat mengganggu-gugat keharmonian negara.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohammad Azam Ismail menyifatkan tindakan itu sebagai perbuatan khianat yang boleh mengancam keselamatan negara.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) Mohamad Zaidan Abdul Rahim pula berkata pemberian dana asing terhadap organisasi tempatan merupakan perkara serius dan perlu diambil perhatian jika dana berkenaan digunakan untuk tujuan negatif.

“Kami minta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap organisasi tersebut. Kami mahu keharmonian negara terus dipertahankan daripada ancaman luar,” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori