Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Musa Aman Angkat Sumpah...

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Sabah Tan Sri Musa Aman malam...

Sedihnya, Baru Sehari Bergelar...

TAK terbayang 'kesakitan' yang dialami wanita ini apabila hanya sempat mengecap nikmat bahagia...

Hampir Putus Telinga Gara-Gara...

KOTA BAHARU - Tindakan meragut seorang wanita membawa padah kepada dua lelaki apabila...

FRKL 21 Puas Dapat...

JIKA sebelum ini kasut rekaan jenama dari negara luar sering kali mendapat perhatian...

Polis Cari Waris Mayat Terapung Di Sungai Melaka

MELAKA – Polis sedang mencari waris kepada mayat lelaki yang dijumpai terapung di Sungai Melaka berhampiran kawasan River Cruise di sini pada Okt lepas.

Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, ASP Noor Zarini Ariffin berkata mayat R. Ravichandran, 44, yang alamat terakhir di C3 Rumah Pangsa Taman Bachang Permai Jalan Tun Fatimah, Batu Berendam di sini, masih belum dituntut di Hospital Melaka di sini.

“Mayat lelaki itu dijumpai terapung dalam keadaan terbalik oleh seorang pekerja pembersihan kira-kira jam 9 pagi, 11 Oktober lepas, yang kemudiannya membuat panggilan kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anggota keluarga atau waris mangsa boleh menghubungi ASP Zarini di talian 019-7731273 untuk maklumat lanjut mengenai kes tersebut.


Pada 12 Oktober lepas, akhbar melaporkan mayat seorang lelaki separuh bogel ditemui terapung di Sungai Melaka berhampiran jeti Dataran Sungai Melaka di Bandar Hilir, di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori