Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPT Kaji Tambah Baik...

BANGI - Kementerian Pendidikan Tinggi sedang menjalankan kajian dan tinjauan untuk menambah baik...

10 Pantai N.Sembilan Disenarai...

SEREMBAN - Sepuluh pantai di Negeri Sembilan disenaraikan sebagai pantai terbaik di antara...

Fenomena El Nino Berlaku...

BANGKOK - Fenomena El Nino yang berlaku sekarang dijangka berterusan sehingga suku kedua...

MARA Beli 3 Bangunan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Majlis...

Polis Indonesia Rampas 1 Tan Ganja Dalam Lori

JAKARTA – Polis Indonesia berjaya merampas satu tan ganja selepas memintas sebuah lori kontena di plaza Tol Bambu Apus, Cipayung di Jakarta Timur kelmarin.

Jurucakap polis John Turman berkata, ganja itu berasal dari wilayah Aceh dan dibawa ke Jakarta untuk dipasarkan.

“Kami menjejaki pergerakan lori kontena ini sejak beberapa hari sebelum memintasnya di plaza tol berkenaan.

“Dadah ini berasal dari Aceh dan perjalanan dari wilayah itu ke Jakarta mengambil masa satu minggu,” katanya.

Menurutnya, susulan rampasan itu, polis turut menahan dua lelaki yang menjadi pemandu dan kelindan lori kontena berkenaan.

“Pemandu lori memberitahu dia dibayar Rp20 juta (RM6,438) untuk membawa ganja berkenaan ke Jakarta,” jelasnya.


Menurutnya, pihak polis kini membuat siasatan dan memburu seorang individu di Aceh yang mengirim ganja berkenaan.

“Kami juga menyiasat kepada siapa ganja ini dihantar,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori