Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Cari Abdul Razman,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi...

Didakwa Ciplak Lagu, Ed...

PENYANYI Ed Sheeran telah disaman sebanyak US$20 juta (RM80 juta) selepas didakwa meniru...

Ditetak Di Kepala, Dikelar...

SEREMBAN - Dipercayai kerana dendam, seorang lelaki diserang bertubi-tubi dan ditikam oleh empat...

RON97 Naik Lagi 8...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08...

Polis Lupus 13,452 Mesin Judi Komputer Bernilai RM3 Juta

KAJANG – Sebanyak 13,452 mesin judi berkomputer yang dirampas sejak Januari 2014 sehingga Disember tahun lalu yang bernilai kira-kira RM3 juta dilupuskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata kesemua mesin judi berkomputer itu dimusnahkan dengan menggunakan jentolak di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

“Pelupusan ini dibuat setelah mendapat arahan daripada pihak mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Othman berkata pihaknya telah melaksanakan sebanyak 540 serbuan dalam Op Dadu Dan Judi Online (JOL) sepanjang tempoh itu.

“Operasi dan serbuan ke atas premis perjudian ini diadakan secara berterusan, ini membuktikan kami amat komited dalam usaha membenteras kegiatan perjudian di daerah ini.


“Daripada jumlah itu, sebanyak 313 pertuduhan dilakukan terhadap operator sindiket dan selebihnya masih dalam proses perbicaraan,” katanya.

Othman meminta agar orang awam terus memberi kerjasama kepada polis dengan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan perjudian di kawasan mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori