Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Selangor Cabut Pancang...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mencabut sebanyak 253 batang pancang haram yang dipasang...

Pokok Apa Yang Ditanam...

Andai berlaku kematian, maka kita akan berkata itu sudah ajal.Betul.Namun, andai kematian itu...

“Kes Farid Beri Pengajaran...

PELAKON jelita, Yana Samsudin menganggap apa yang berlaku kepada kepada pengarah, Datuk Farid...

Azmin Minta Semua Pihak...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua...

Polis Patahkan Cubaan Lelaki Curi Kereta Di Ipoh

IPOH – Seorang anggota polis trafik mematahkan cubaan lelaki mencuri sebuah kereta di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, anggota terbabit sedang menjalankan tugas menyaman kereta yang diletakkan di tepi jalan, didatangi seorang perempuan dan mengadu keretanya cuba dicuri seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata suspek berumur 50 tahun yang berada dalam kereta mangsa cuba melarikan diri selepas melihat anggota polis terbabit menghampirinya.

“Suspek telah melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di hadapan semasa mengundurkan kereta.


“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dengan bantuan beberapa anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ipoh secara kebetulan melalui jalan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, polis turut merampas dua rangkai kunci yang telah diasah dipercayai digunakan suspek untuk mencuri kenderaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori