KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang saksi lelaki bagi membantu siasatan dan menghadiri perbicaraan bersabit satu kes samun di Kepong mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Yap Wei Kiaw, 35, yang beralamat di No 89, Jalan PJU10/14J, Saujana Damansara PJU, 47810 Petaling Jaya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penama berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Oson Khan Ali Akhbar di talian 012-6951414.
Selain itu, mereka boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-21159999/SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – BERNAMA