Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahfuz Ancam Saman Ahli...

ANCAM... Calon kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mahu menyaman pemilik akaun...

Cuaca Buruk Landa 8...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan...

Pinjaman RM42 Bilion 1MDB...

KUALA LUMPUR - Bagaimana pinjaman sebanyak RM42 bilion digunakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya terjejas...

Polis Serbu Pejabat Bersih, Ahli Parlimen DAP Ditahan

KUALA LUMPUR – Sepasukan polis dari ibu pejabat Bukit Aman menyerbu pejabat Bersih di Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 3.50 petang Jumaat.

Serbuan secara mengejut itu dilakukan kurang 24 jam menjelang perhimpunan haram Bersih 5 anjuran kumpulan tidak berdaftar tersebut yang bakal diadakan pada Sabtu di sekitar ibu kota.

Pegawai sekretariat Bersih, Mandeep Singh memberitahu serbuan itu dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Kira-kira 10 anggota polis berada di pejabat kami. Kami dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu. Peguam kami sedang uruskannya,” katanya yang dipetik portal berita AgendaDaily.

Dalam perkembangan lain, seorang pemimpin kanan DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook ditahan polis di sebuah hotel di Kuala Lumpur awal petang Jumaat.

Beliau ditahan oleh pasukan polis Bukit Aman dan disiasat bawah Akta Hasutan 1948. Ini dipercayai ada kaitan dengan ucapannya dalam Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu minggu lalu.


Siew Fook ketika berucap dikatakan mengajak orang ramai agar ‘menjatuhkan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya konon kedaulatan negara ini dapat dipulihkan semula.

AgendaDaily melaporkan, beliau sekarang ditahan di Bukit Aman untuk proses soal siasat dan ditemani peguam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori