Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Anak Yatim ‘Ganggu’ Taman...

BAGHDAD - Sebuah pusat membeli belah mewah di ibu negara Iraq menerima kritikan...

Puteri Sarah Tutup Butik...

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana boleh...

Diskaun Bil Elektrik 3...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40...

Remaja Maut, 4 Rakan...

ALOR SETAR - Seorang remaja maut manakala empat rakannya cedera apabila kereta mereka...

Kes Pengutip Derma Ditampar Di K.Kangsar Disiasat

IPOH – Polis menjalankan siasatan terhadap tindakan seorang lelaki menampar pengutip derma di hadapan sebuah bank dekat Kuala Kangsar berikutan viral di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Termizi Abd Haq berkata pengadu telah membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar Jumaat lalu kira-kira 9.30 malam, sejam selepas kejadian berlaku.

Video: Pakcik Tampar Pengutip Derma Kerana Menipu

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam video berdurasi 50 saat itu, mangsa disoal siasat seorang lelaki yang tidak dikenali selepas meminta derma bagi pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf.


Lelaki itu mendakwa mangsa menyamar dan menipu orang awam dengan menggunakan nama pihak berkuasa tempatan sebelum bertindak menampar mangsa sehingga mengakibatkan gigi depannya patah.

Netizen di media sosial mengkritik tindakan lelaki itu, namun ada juga yang menyokong kerana aktiviti mengutip derma menggunakan nama agama kini berleluasa dan harus didedahkan supaya dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori