Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Johor Lulus Pindaan Kelayakan...

ISKANDAR PUTERI : Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini, meluluskan pindaan Enakmen...

Jasad Wanita Tertinggi Thai...

SEORANG remaja wanita yang mendapat jolokan sebagai wanita tertinggi Thailand, Malee Duangdee dilaporkan meninggal...

‘Proton 2.0’, Kelibat Menteri...

KUALA LUMPUR - Cadangan meneruskan projek kereta nasional yang mendapat tentangan sesetengah pihak...

Bank-Bank Malaysia Dijangka Stabil...

SINGAPURA - Prospek bagi sistem perbankan Malaysia bagi tempoh 12-18 bulan akan datang...

Polis Tahan 15 Suspek Disiasat Kes Bunuh Warga Myanmar

KOTA BHARU – Polis menahan 15 suspek warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan empat warga Myanmar di Bachok pada 30 Oktober lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata empat suspek ditahan pada 3 Nov dan 10 lagi pada 13 Nov.

Katanya kesemua suspek itu, termasuk seorang wanita, berusia antara 20 dan 50 tahun. Mereka ditahan di Kota Bharu, Jeli dan Kuala Lumpur.

“Kami menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 20an di Kuantan (Pahang) pada pukul 1.30 tengah hari semalam,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata polis akan memohon perintah reman dilanjutkan bagi 14 suspek yang akan berakhir pada 19 dan 20 Nov ini untuk siasatan lanjut.

Ab Rahman berkata polis juga sedang mengesan beberapa orang lagi suspek.

Mayat mangsa yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu dijumpai di dalam semak berhampiran jalan di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok.

Keempat-empat mangsa dipercayai mati sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mayat mereka ditemui.


Dalam kes lain, Ab Rahman berkata polis menahan lima suspek bagi membantu siasatan kes seorang lelaki berusia 29 tahun disyaki mati dibunuh di Felda Aring, Gua Musang, pada 11 Nov lepas.

Katanya empat suspek ditahan pada 12 Nov. Suspek utama ditahan keesokan harinya di sebuah rumah di Ladang Sungai Retong, Kuala Koh, Gua Musang, pukul 2.30 petang.

Polis merampas sebatang kayu daripada suspek berusia 34 tahun itu yang dipercayai digunakan untuk memukul kepala mangsa.

“Siasatan mendapati suspek memukul mangsa yang dikatakan mempunyai hubungan dengan adik iparnya,” kata Abd Rahman.

Kesemua suspek itu direman tujuh hari mulai 13 Nov. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori