Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

Anak Kuda Padi Lincah...

YORKSHIRE BARAT - Seekor anak kuda padi gemar bermain bola selain memiliki kemahiran...

Falcao Mahu Bertahan Lebih...

PENYERANG Manchester United, Radamel Falcao memberitahu bahawa dirinya mahu bertahan lebih lama di...

MA63: Tak Banyak Beza...

TIDAK banyak perbezaan pendapat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak...

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya...

Polis Tahan 3 Pemuda, Rampas 381 Pil Kuda RM6,680

MACHANG – Polis menahan tiga pemuda dan merampas sejumlah 381 biji pil kuda (methamphetamine) bernilai RM6,680 dalam Op Bersepadu di jajahan ini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Dzulkifli Abdul Ghani berkata penahanan tiga suspek itu dilakukan secara berasingan dalam operasi yang bermula 2 petang hingga 8 malam.

“Tangkapan pertama dilakukan di Pulai Chondong melibatkan seorang pemuda berumur 28 tahun dan merampas sejumlah 88 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM1,780 yang disimpan di dalam poket seluarnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di sini, hari ini.

Dzulkifli berkata suspek itu ditahan sepasukan anggota dari IPD berkenaan di tepi jalan raya di Kampung Bagan Dewan Kecil, Labok di sini, pada 3.25 petang selepas berlaku pergelutan.

Beliau berkata tangkapan kedua juga dilakukan di kawasan sama pada 4 petang membabitkan seorang pemuda berumur 31 tahun dan merampas sejumlah 198 biji pil kuda bernilai RM3,980 di dalam sebuah pondok.


“Kes ketiga membabitkan seorang penoreh getah berusia 30-an selepas suspek didapati memiliki 95 biji pil kuda yang disimpan di dalam poket seluarnya. Suspek ditahan pada 7.45 malam ketika sedang berjalan bersendirian,” katanya.

Katanya kesemua mereka didapati positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan direman selama empat hari bermula semalam hingga Khamis ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori