Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ranger Baharu Pacu Jualan...

KUALA LUMPUR - Ford Motor Company (Ford) hari ini mengumumkan jualan runcitnya bagi...

Otai DAP Akui LKS...

BAGI peminat cerita politik kedai kopi, semua maklum Mahathir Mohamad memang sanggup buat...

“RM100 Sehari Tak Cukup?...

DALAM keadaan ekonomi yang tidak seberapa stabil ini, RM100 sangat bernilai bagi mereka...

Penjawat Awam Di Langkawi...

LANGKAWI - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta kerajaan...

Polis Tahan 9 Anggota Kumpulan Pecah Rumah Di Sandakan

SANDAKAN – Polis menumpaskan kegiatan satu kumpulan pecah rumah selepas menahan sembilan lelaki dalam serbuan di sekitar Perkampungan Air Batu Sapi dekat sini pada 31 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata dengan tertangkapnya kesemua suspek termasuk seorang warga asing yang berumur antara 23 dan 43 tahun, polis percaya dapat menyelesaikan 27 kes pecah rumah di daerah itu.

Menurut Zabidi, turut dirampas adalah 137 barang curi, kebanyakannya telefon bimbit serta peralatan digunakan kumpulan itu ketika melakukan kegiatan mereka termasuk sebuah kereta Perodua Kancil.

“Sasaran kumpulan pecah rumah itu adalah premis perniagaan di kawasan Bandar Sandakan, Bandar Indah dan Bandar Kim Fung di Batu 4 Jalan Labuk,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Zabidi berkata seorang daripada mereka juga mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan pecah rumah, pencerobohan jenayah, miliki barang curi dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori