Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Berbuka Makan Ulat...

SEORANG lelaki mengalami pengalaman meloyakan apabila menemui ulat dalam juadah berbuka puasa yang...

Suri Rumah Dipenjara Tujuh...

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di...

26 Mac Cuti Umum...

JOHOR BAHRU : Kerajaan Johor mengisytiharkan 26 Mac sebagai Hari Kelepasan Am.Ikuti Mynewshub: TelegramSetiausaha...

Minum Banyak Air Putih,...

KANGAR - Orang ramai dinasihat mengamalkan rutin pemakanan dan penjagaan kesihatan secara konsisten...

Polis Tahan Puluhan Orang Akibat Pertikaian Mazhab

KARACHI – Polis Pakistan menahan berpuluh-puluh orang dalam tindakan keras terhadap lebih daripada 90 madrasah dekat sini, susulan siri tembakan membabitkan pengikut mazhab, kata seorang pegawai, semalam.

Ketua Polis Daerah, Allah Dino Khwaja memberitahu Reuters, tindakan keras itu disasarkan kepada madrasah Sunnah dan Syiah.

Lima penyokong Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang menyarankan agar Syiah diisytiharkan sebagai ‘bukan Islam’ dan melakukan serangan terhadap masjid Syiah, dibunuh dalam serangan menggunakan kereta di Karachi, Jumaat lalu.

Pada 29 Oktober lalu, lima penganut Syiah ditembak mati ketika perhimpunan di bandar utara Nazimabad, serangan yang didakwa dilakukan oleh Lashkar-e-Jhangvi al-Alami, salah satu cabang ASWJ.
Pegawai keselamatan yang enggan dikenali berkata, puluhan pengikut sudah ditahan dalam tindakan keras itu.

Ketua Menteri Wilayah, Murad Ali Shah memberitahu wartawan, antara mereka adalah dua lelaki, ahli Lashkar-e-Jhangvi, bertanggungjawab terhadap 28 sasaran serangan terhadap Syiah dan pasukan keselamatan.


Kedua-dua lelaki itu juga bertanggungjawab terhadap beberapa serangan berprofil tinggi, termasuk pembunuhan penyanyi Sufi, Amjad Sabri, awal tahun ini dan serangan pada 29 Oktober lalu.

Shah berkata, banyak senjata ditemui selepas serbuan itu. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori