Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Masalah Parkir: Rakyat Disaman,...

KALAU kita salah parkir, dah dapat agak untuk menerima 'surat cinta' daripada majlis perbandaran...

Lelaki Ditahan Bersama Syabu...

PENDANG – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis syabu bernilai lebih...

Mayat Dua Remaja Lemas...

MUAR - Mayat dua sahabat karib yang lemas selepas terjatuh dari jeti Kampung...

Video: Sanggup Jadi Perempuan...

KUALA NERUS - Terdesak, seorang lelaki sanggup menyamar sebagai jemaah wanita dengan mengenakan...

Polis Terima 198 Laporan Bantah Konvoi Bersih 5.0

PORT DICKSON – Polis Negeri Sembilan sehingga kini menerima 198 laporan daripada individu dan kumpulan yang membantah konvoi Bersih 5.0 selama lapan hari yang dijadualkan bermula Sabtu ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata konvoi berkenaan dijadualkan menjelajah lapan daerah di negeri itu dengan daerah Tampin sebagai permulaaan dan berakhir di Nilai pada 12 Nov.

Beliau berkata notis permohonan untuk mengadakan konvoi Bersih 5.0 telah diterima pada 26 Okt lepas, iaitu 10 hari sebelum konvoi diadakan, daripada penganjur.

“Polis telah menerima semua permohonan ini…jadi kita lihat kepada tempat yang nak dilalui dan di mana ceramah akan dibuat…kita telah pun memberi syarat kepada penganjur.

“Kita bersedia dengan kekuatan yang ada di Negeri Sembilan dan telah berbincang dengan semua penganjur. Kita telah beri peringatan dan syaratnya supaya jangan langgar peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Unit Rondaan Berkuda Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Dataran Teluk Kemang, di sini hari ini.

Pagi tadi, sekumpulan 25 individu membuat laporan polis bagi membantah konvoi Bersih 5.0 yang dijadual diadakan di Mantin, Nilai pada 12 Nov depan.


Ditanya sama ada terdapat sebarang permohonan daripada penganjur yang ditolak polis, Jaafar berkata setakat ini tiada permohonan yang ditolak.

“Saya percaya penganjur akan mengambil perhatian perkara ini dan insya-Allah konvoi ini tidak menimbulkan apa-apa masalah.

“Semua syarat yang diberi perlu dipatuhi, (dan) kalau tak patuhi, tindakan akan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah pun mengadakan perbincangan dengan kesemua lapan ketua polis daerah bagi tujuan penyelarasan persiapan dan tindakan sekiranya timbul perkara yang tidak diingini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori