Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Radzi Kemuka 50 Tawaran...

PUTRAJAYA : Calon Perikatan Nasional (PN) P125 Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin menawarkan...

Banjir: Seramai 569 Mangsa...

IPOH - Seramai 569 orang daripada 176 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan...

SRC: Najib Mohon Panggil...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. yang sudah masuk hari ke-70...

MPAJ Tarik Kereta Tersangkut...

Kuala Lumpur : Dua kenderaan yang hampir terjatuh di tebing Sungai Kerayong, Taman...

PPBM, PAS Bakal Bincang Kerjasama Dalam Hadapi PRU14

PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan perbincangan dengan Pas dalam tempoh terdekat bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas telah menyatakan persetujuannya dan tarikh perjumpaan sudah ditetapkan.

Muhyiddin berkata Pakatan Harapan juga menjemput PPBM untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpinnya dalam tempoh terdekat.

“Kita perlu ada pertemuan untuk membincangkan bentuk kerjasama yang sesuai untuk dijalinkan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat agung khas PPBM untuk memilih anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) di sini hari ini.


Muhyiddin mengumumkan Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir sebagai timbalan presiden dan tiga naib presiden – bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan pengamal undang-undang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Ainina Saadudin sebagai Ketua Srikandi dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Ketua Armada. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori