Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rohingya Dan Palestin Terima...

RAHUL Mohamad Ali, 3 tahun, antara anak Rohingya yang tidak pernah melihat tanahairnya. Sejak...

Model Muda Maut Kerja...

SEORANG model remaja berusia 14 tahun dari Rusia disahkan meninggal dunia selepas mengalami...

Bapa, Anak Ditahan Bersama...

PADANG BESAR - Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang Besar menahan seorang bapa dan...

105,342 Botol Wain Dirampas...

JOHOR BAHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 105,342 botol minuman...

Presiden Duterte Lakukan Lawatan Sulung Ke Malaysia

PUTRAJAYA – Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte akan tiba di Malaysia hari ini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini berkata ia merupakan lawatan sulung Duterte ke Malaysia sejak menyandang jawatan Presiden Filipina ke-16 pada 30 Jun.

Kata kementerian itu, semasa kunjungan beliau, Duterte dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kemajuan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Filipina.

Menurut kenyataan tersebut, kedua-dua pemimpin juga dijadual bertukar-tukar pendapat tentang isu kepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kementerian itu berkata lawatan Duterte akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin mencari jalan untuk mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara Malaysia dan Filipina.


Malaysia dan Filipina mempunyai hubungan mesra serta bekerjasama rapat dalam pelbagai isu kepentingan bersama di peringkat antarabangsa.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan Filipina dalam lapan bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 5.4 peratus kepada RM13.15 billion (US$3.22 bilion) daripada RM12.48 bilion (US$3.36 bilion) bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun lepas.

Tahun lepas, Filipina merupakan rakan perdagangan kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, dan ke-10 terbesar di peringkat global. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori