Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gila… Lelaki Tegur Warga...

VIDEO seorang lelaki mengherdik sebelum memukul wanita dipercayai warga asing gara-gara tidak bertudung...

Jangan Terpengaruh Pihak Cuba...

JERAI - Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak terpengaruh dengan pihak...

APM Tangkap Ular Sawa...

JOHOR BAHRU - Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bertarung hampir 10 minit sebelum...

Tiga Orang Maut Dirempuh...

BEIJING - Tiga orang maut selepas sebuah bot yang ditunda di belakang kenderaan...

Lelaki Perlu Tahu Hak Wanita Selepas Perceraian

BANGI – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyebar luas maklumat berhubung hak wanita dalam perkahwinan dan kekeluargaan kepada golongan lelaki supaya kes tuntutan anak dan nafkah dapat diselesaikan secara baik dan adil.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata maklumat berkenaan perlu disebar kepada golongan lelaki memandangkan banyak kes perceraian seperti tuntutan nafkah dan penjagaan anak tidak dipandang serius oleh mereka.

“Kesedaran berkaitan hak wanita dalam undang-undang amat penting agar wanita bukanlah objek yang sentiasa disakiti dan menjadi mangsa.

“Lelaki juga perlu mengambil tahu informasi dan maklumat berkenaan hak wanita terutamanya selepas perceraian,” katanya pada majlis pelancaran buku ‘Pergerakan Wanita Dalam Memperjuangkan Hak’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakilinya bagi melancarkan buku berkenaan.

Rohani berkata antara program KPWKM yang memberikan tumpuan kepada golongan lelaki ialah Program Literasi Undang-Undang bersempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada Ogos lepas.


Menyentuh mengenai buku ‘Pergerakan Wanita Dalam Memperjuangkan Hak’ yang dilancarkan hari ini, katanya buku tersebut memberi pendedahan kepada umum berhubung peranan wanita serta hak-hak mereka dalam pembangunan negara.

Buku terbitan UKM itu ditulis oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim dan Dr Rokiah Talib.

Ia menceritakan sejarah perjuangan wanita Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan serta hak kesaksamaan dalam pelbagai bidang.

Buku berkenaan turut menyentuh mengenai perpaduan kaum yang terjalin hasil daripada perjuangan golongan wanita Malaysia dalam menuntut pelbagai hak antaranya gaji sama rata bagi kerja yang sama dan taraf pekerja tetap bagi wanita yang telah berkahwin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori