Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pengantin Lemas Dalam Air...

KERANA terlalu gembira, seorang pengantin perempuan membuat keputusan `bijak’ untuk terjun ke dalam...

Siapa Gerangan ‘Uncle Robert...

BARU-BARU ini satu rakaman video memaparkan gelagat seorang warga emas dan budak kecil...

Model Kejam Rancang Bunuh...

Tara Lambert merupakan seorang model, dengan wajah yang cantik dan bentuk badan idaman...

Pembentukan Awan Tebal Pada...

Walaupun nasib sebenar penerbangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia belum diketahui, punca kehilangannya terus...

Proton, Petronas Bekerjasama Sedia Minyak Syntium SE

SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd., secara bekerjasama dengan Petronas, hari ini melancarkan rangkaian eksklusif minyak enjin Petronas Syntium SE bagi kereta Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata kerjasama itu akan membolehkan pelanggan Proton menikmati prestasi kereta yang lebih baik dan kos penyenggaraan rendah.

“Pemilik Proton boleh berjimat sehingga 20 peratus bagi minyak enjin di mana-mana cawangan Proton Edar yang sah,” katanya pada majlis pelancaran produk jenama bersama Proton-Petronas itu, di sini, hari ini.

Minyak Petronas Syntium SE didatangkan dengan tiga gred – sintetik sepenuhnya (Syntium 3000 SE 5W-30), separa sintetik (Syntium 800 SE 10W-30) dan berasaskan mineral (Syntium 500 SE 15W-40).

Ahmad Fuaad berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha Proton untuk menyediakan khidmat pelanggan yang lebih baik dan mengurangkan kos pemilikan bagi tempoh jangka panjang.

“Proton juga menyelaraskan harga alat-alat gantinya bagi lebih 600 barangan dalam semakan harganya baru-baru ini untuk menjadikan ia lebih kompetitif dan menyediakan nilai yang lebih baik.


“Peningkatan perkhidmatan lain termasuk menambah bilangan pusat servis ‘tujuh hari seminggu’ kami daripada 23 buah kepada 27 buah pada akhir tahun bagi menampung permintaan yang semakin meningkat untuk servis kereta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing Sdn. Bhd., Zubair Abdul Razak berkata kerjasama itu akan melibatkan pembekalan kira-kira 13.5 juta liter minyak enjin dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Minyak enjin ini eksklusif kepada Proton dan tidak ada dalam pasaran umum. Pada masa hadapan, kami akan menjalankan program kesedaran mengenai usaha penjenamaan bersama ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori