Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Kedah Terima 5...

ALOR SETAR - Polis Kedah hari ini menerima lima laporan daripada orang awam...

Volkswagen Rancang Buka 3...

VOLKSWAGEN Group Malaysia Sdn Bhd merancang untuk membuka tiga lagi pusat Jualan, Servis...

Letupan Bukan Serangan Israel:...

BEIRUT - Media rasmi Syria berkata bunyi kuat dari pangkalan udaranya awal pagi...

Kisah ‘Rakyat Hakim Negara’

Pakatan Harapan (PH) gabungan parti politik paling hipokrit dalam sejarah politik Malaysia.Ikuti Mynewshub: TelegramMenuduh...

PSM Dakwa Semua Pemain Tidak Maklum Ujian Doping

KUALA LUMPUR – Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menafikan enam atletnya lari daripada menjalani ujian doping sewaktu Kejohanan Piala Raja Thai, bulan lalu, sebaliknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata siasatan awal pihaknya mendapati tiada pemain negara yang dipanggil mengambil ujian itu.

“Kami memanggil kesemua enam pemain berkenaan pada Isnin lalu dan kami mendapati tiada seorang pun mengetahui, dimaklumkan atau dipanggil mengambil ujian anti-doping itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail di sini, hari ini.

Kesemua enam atlet dan tiga pegawai pasukan negara kini menjalani penggantungan sementara selepas Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) membuat keputusan itu sehingga siasatan selesai.

Berikutan itu, Ahmad Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat andaian awal yang mengatakan atlet sepak takraw lari daripada membuat ujian berkenaan.


“Saya merayu kepada semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjatuhkan maruah pemain kita dan biarlah perkara ini diselesaikan dengan saluran yang betul,” katanya.

Rabu lepas, PSM menerima surat tuduhan daripada ISTAF dan kesemua pemain serta pegawai terbabit mempunyai masa 14 hari untuk menjawabnya.

“PSM akan membantu mereka sebaik mungkin untuk membalas surat tersebut kepada ISTAF dan saya akan pastikan surat berkenaan akan sampai ke tangan ISTAF dalam jangka waktu tersebut,” katanya.

Menurut peraturan, perbuatan mengelak atau enggan atau gagal menjalani ujian doping tanpa alasan munasabah selepas diberitahu, adalah kesalahan mengikut Artikel 2.3 Kod Anti-Doping Dunia yang boleh dikenakan penggantungan minimum dua tahun dan maksimum empat tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori