Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Black Maria Imigresen Bawa...

REMBAU - Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bakal diusir keluar...

Pemandu Gagal Brek, Penunggang...

TULAR sejak Ahad lalu menerusi laman sosial mengenai rakaman video aksi penunggang motosikal...

Mangsa Kebakaran Di Kuala...

KUALA PERLIS - Kesemua 15 keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Taman Pelangi...

RM100,800 Kompaun KPDNHEP Kompaun...

JOHOR BAHRU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor...

Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat, Tanah Runtuh

GEORGE TOWN – Jalan utama Teluk Bahang menghala ke Jalan Batu Feringghi telah ditutup selepas runtuh akibat kejadian tanah runtuh pagi tadi.

Menutut ahli DUN Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayob Hussain, yang telah melawati kawasan itu hari ini, beliau percaya keruntuhan itu disebabkan keadaan cerun yang kurang stabil selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memasukkan paip bawah tanah di kawasan tersebut.

“Mereka tidak melakukan kerja-kerja penstabilan cerun yang sewajarnya selepas memasukkan paip tersebut beberapa lama dahulu, mungkin sekitar 10 tahun lalu, selain daripada berpunca daripada anak sungai bawah tanah di sini, jadi ia menjadi faktor yang menyebabkan kondisi cerun ini kurang stabil,” katanya.

Shah Headan menggesa Jabatan Kerja Raya dan PBAPP untuk memeriksa cerun tersebut dan segera melakukan kerja-kerja pemulihan untuk menstabilkan kawasan lereng bukit itu supaya jalan itu selamat dilalui pengguna trafik.

Jalan tersebut masih ditutup kepada lalu lintas selepas sebuah jalan berdekatan Teluk Bahang juga ditutup akibat kejadian tanah runtuh.

“Saya enggan tuding jari kearah sesiapa namun saya harap pihak berkuasa akan melakukan sesuatu untuk memastikan keselamatan jalan raya tersebut; kita boleh lihat terdapat banyak rekahan pada permukaan jalan ini,” katanya lagi.

Sementara itu, apabila dihubungi, Exco kerajaan kerajaan Chow Kon Yow berkata bahawa kerja-kerja penstabilan lereng bukit itu masih dalam proses dibaikpulih.


Kata Kon Yow, laluan Batu Feringghi merupakan kawasan berisiko tinggi namun kerja-kerja pembaikan masih lagi dilakukan.

Kebanyakan kawasan terdedah kepada banjir di pulau berkenaan juga telah dinaiki air hari ini, terutamanya Jalan P.Ramlee yang telah ditutup awal pagi tadi oleh kerana paras air yang tinggi.

Antara kawasan-kawasan yang dinaiki air adalah Jalan Masjid Negeri dan Bandar Baru, Air Itam. – MNYEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori