Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Biasa Khianat, Cuba...

Semalam, ada yang masih cuba memesongkan sejarah dan menjaja cerita dongeng kononnya dia dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat dari UMNO sebab mempersoalkan 1MDB,Mengarut.

Kerajaan Cadang Usul Ungkai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini membentangkan usul mengungkai ordinan-ordinan darurat bagi dibahas...

Penunggang Motosikal Maut Rempuh...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh bahagian sisi sebuah kenderaan...

Isu Pelarian Rohingya: Moga...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta umat...

Pusat Penjagaan Wanita Lepas Bersalin Wajib Daftar JKM

PUTRAJAYA – Pusat penjagaan wanita selepas bersalin kini diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau berhadapan dengan tindakan disita atau ditutup, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata keputusan untuk mendaftarkan pusat berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat pasca kabinet peringkat kementeriannya dua minggu lepas.

Keputusan berkenaan juga dibuat selepas sebuah pusat penjagaan wanita selepas bersalin di Cheras yang turut mengendalikan taska didapati mendera seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, katanya.

“Pusat berkenaan kini sudah disita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan pengamal Tai Chi dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura di sini hari ini.

Menurut Chew, sebelum ini timbul kekeliruan sama ada pusat penjagaan wanita selepas bersalin perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Memandangkan pusat penjagaan wanita selepas bersalin tidak memberikan sebarang ubat, maka pusat itu perlu mendaftar dengan JKM di KPWKM. Apabila berdaftar pusat berkenaan akan dipantau dari semasa ke semasa dari aspek kualiti perkhidmatan dan tahap keselamatan,” jelasnya.


Tambah Chew, pusat penjagaan wanita selepas bersalin yang tidak berdaftar dengan JKM akan diberikan peringatan dan amaran sebelum tindakan sita atau menutup pusat tersebut, diambil.

Beliau berkata pusat penjagaan wanita selepas bersalin biasanya menyediakan pakej perkhidmatan selama 30 hari di mana si ibu dan bayi akan tinggal di pusat berkenaan dan diberikan makanan dan herba yang sesuai dalam tempoh tersebut.

Menurut Chew, semakin banyak pusat penjagaan sedemikian beroperasi kebelakangan ini dan perkhidmatan tersebut mendapat sambutan terutamanya dalam kalangan wanita bekerja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori