Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kuil Roboh: Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

TERKINI Kes Bunuh Kadet...

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mendapati enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia...

Zahid Ingatkan UMNO Sentiasa...

SANDAKAN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota...

PM Laos Menamatkan Lawatan...

SEPANG - Perdana Menteri Laos Dr Thongloun Sisoulith berlepas pulang hari ini selepas...

Rafizi Bengang Penganjur Parti Seks Guna Nombor Telefon

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bengang kerana nombor telefonnya digunakan oleh penganjur sebuah parti seks bogel bagi mempromosi parti itu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, hal itu menyebabkan beliau telah dihubungi oleh pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Shah Alam, Selangor yang menyiasat penganjuran parti itu.

“Nombor telefon saya digunakan sebagai penganjur parti seks bogel.

“Saya baru dihubungi oleh pegawai polis dari IPD Shah Alam yang menyiasat sebaran iklan mengenai penganjuran parti seks bogel itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi yang dikenali umum sebagai pakar propaganda Pakatan Harapan berkata, beliau turut mendapat salinan iklan tersebut dan ia bukan kali pertama berlaku.


“Ini bukan kali pertama nombor telefon saya disalahgunakan bagi sebaran maklumat berhubung perkhidmatan seks atau pelacuran.

“Saya telah menjelaskan kepada pihak IPD Shah Alam,” katanya.

Justeru, beliau memohon mereka yang berhajat menyertai parti seks itu tidak menelefon atau menghantar pesanan whatsapp kepadanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori