Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pengambilan Dadah Perancang Tambah...

KUALA LUMPUR - Bukan mustahil apabila anda berada dalam satu kumpulan seramai tiga...

KPDNKK Digesa Pantau Penimbang...

GEORGE TOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa menjalankan pemeriksaan...

Macamlah DAP Suci Sangat...

LIM Guan Eng (LGE) kata kerjasama PAS dan UMNO sebagai pengisytiharan perang kepada...

786 Bekas Kakitangan SPAD...

PUTRAJAYA - Seramai 786 bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditawarkan...

Undang-Undang Tidak Kenal Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang diingatkan bahawa undang-undang tidak mengenal individu sama ada Ahli Parlimen, Menteri atau bekas Menteri.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua pihak termasuk Ahli Parlimen bertanggungjawab ke atas semua tindakan yang mereka lakukan.

“Keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen hari ini terhadap Ahli Parlimen Pandan (Rafizi Ramli) menggambarkan bahawa tiada mana-mana pihak boleh mengatasi undang-undang.

“Setiap perkara yang diputuskan itu melalui proses perundangan yang telah ditetapkan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pandan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lepas.


Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi Mohd Rafizi dan memerintahkannya menjalani hukuman tersebut secara serentak.

Seperti kelaziman, pemimpin pembangkang mengecam hebat keputusan itu kerana tidak berpihak kepada mereka, tetapi akan memuji mahkamah sebagai adil dan telus jika keputusan memihak kepada mereka seperti dalam beberapa kes sebelum ini.

Azalina seterusnya mengingatkan walaupun Rafizi masih boleh mengemukakan rayuan ke atas keputusan itu, namun keputusan itu merupakan pengajaran kepada semua pihak termasuk Ahli Parlimen untuk tidak mendedahkan dokumen atau membocorkan rahsia kerajaan yang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori