Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hishammuddin Beri Jaminan Terus...

KLUANG - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi jaminan untuk terus...

Lebih Banyak Zon Larangan...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kawasan Zon Larangan Merokok kini sedang diteliti Kementerian...

Misteri.. Budak Tiga Tahun...

PELIK bin ajaib. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba...

Palestin: Negara Islam Perlu...

KUALA LUMPUR - Negara Islam perlu menggunakan kekuatan yang dimiliki selain menyedari kelemahan...

Rafizi Pun Tak Kenal Jutawan AMK PKR Kerja Apa!

KONTROVERSI kekayaan luar biasa Ketua AMK Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly nampaknya bukan saja memeranjatkan banyak pihak, malah pemimpin PKR sendiri pun terkejut ‘beruk’ sama!

Susulan pendedahan pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang membongkar banglo ala Disneyland dipercayai bernilai RM7 juta milik jutawan muda itu pada Isnin, skandal tersebut semakin bertambah menarik.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo mendedahkan banglo itu melakukan penyambungan elektrik secara haram dan kemudian membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kontroversi tersebut tidak berakhir meskipun cuba ‘dipertahan’ Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dengan pelbagai alasan pelik sebagai strategi untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

Malangnya pada Rabu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ‘kantoi’ apabila beliau sendiri cuba menjauhkan diri daripada kontroversi Adam, 28, dengan memberi alasan selamat iaitu mendakwa tidak mengenali lelaki tersebut.

Lebih pelik Rafizi bukan sahaja mengejutkan ramai wartawan di lobi Parlimen selepas mendedahkan yang beliau pun tidak kenal siapakah Adam, malah tidak tahu apa jenis perniagaan anak muda itu sehingga menjadi kaya!

Jika ikut logik, Pandan iaitu kawasan Rafizi merupakan Ahli Parlimen terletak bersebelahan dengan Ampang iaitu kawasan Zuraidah yang juga bos Adam. Tak logik tak kenal, tambahan pula Ketua AMK itu adalah kaya raya.

amk-7

Baca: Lagi Kekayaan Adam Didedah – Miliki 2 Rumah RM2.8 Juta

Menurut Rafizi, Adam perlu mengisytiharkan hartanya ekoran pendedahan kekayaan luar biasa yang dimiliki sekali gus membuktikan dakwaan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail konon anak muda kini hidup susah adalah karut!

Bahkan ujar Rafizi, amalan pengisytiharan harta merupakan cara yang paling berkesan bagi usaha mencegah penyelewengan atau rasuah dalam kalangan ahli politik dan kakitangan awam yang memegang jawatan tinggi.

“Saya dari awal adalah konsisten, cara paling baik cegah penyelewengan atau rasuah oleh ahli politik, pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi adalah isytihar harta secara terperinci, seperti pernah saya buat tahun lepas.

“Maka cara paling mudah ialah Adam sendiri perlu mengisytiharkan harta yang dimiliki. Saya telah lakukannya tahun lalu, dan tahun ini saya akan buat (isytihar harta) lagi pada Selasa atau Rabu minggu depan,” katanya.

Ketika ditanya adakah Rafizi mengetahui perniagaan apa yang dijalankan oleh Adam, beliau selamba menjawab “tidak” sehingga menyebabkan ramai wartawan terpinga-pinga tidak mempercayai itu jawapan dari mulutnya


“Saya tidak tahu apa perniagaan yang dia buat. Sebenarnya saya pun tidak tahu siapa Adam ini. Saya diberitahu dia agak baharu dalam parti. Mungkin dari PAS… saya tak tahu. Baik anda tanya YB Zuraida sendiri,” tegas Rafizi.

adam_rosly-1

Semalam, Jamal yang juga Pengerusi Gabu­ngan NGO Malaysia membawa enam petugas media menaiki sebuah helikopter bagi melihat sendiri keadaan rumah banglo mewah milik Adam dari udara kira-kira 30 minit.

Sementara itu, Adam menjelaskan kepada pihak media bahawa beliau mendapat limpahan harta kekayaan yang mewah tersebut hasil melalui pelbagai perniagaan yang diwarisi daripada bisnes ahli keluarganya sendiri.

“Tidak semua orang yang kaya mampu memperoleh banyak wang menerusi sumbangan dana politik. Jika saya berbuat demikian, saya tidak akan secara terbuka membina sebuah rumah di kawasan seperti itu,” dalihnya.

Ditanya mengenai isu meter elektrik yang disambung secara haram, Adam mendakwa konon rumah di Kampung Melayu, Ampang itu mengalami masalah bekalan tenaga waima ketiadaan bekalan air sejak minggu lalu.

Menurut Adam, beliau telah berhubung dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk segera menggantikan dengan meter baharu susulan kejadian meter elektrik di rumah tersebut yang didapati terbakar pada minggu lalu.

“Mengenai isu meter air pula, kami sudah mohon daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.,” kata Adam dipetik satu portal berita. Menurut beliau lagi, rumahnya tersebut pun baharu sahaja diduduki oleh keluarganya.

“Rumah ini baru diduduki, kalau lihat banyak belum siap, tempat peti (meter) itu pun masih belum sempurna. Simen pun belum siap sepenuhnya, tempat tekan loceng pun belum siap,” dalihnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori