Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tasik Dipenuhi Serpihan Ais...

SOUTH HAVEN - Ketibaan musim bunga telah menyebabkan lapisan ais di permukaan Tasik...

SOP Pemilihan Atlet Kategori...

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan pemilihan atlet kategori B ke...

UAE Bina Hospital Medan...

ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan,...

Agenda Pembangunan Sabah, Bela...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah akan terus mempergiat agenda pembangunan memajukan negeri...

Raja Muda Selangor Sertai Walkaton Hari Diabetes

KLANG – Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyertai kira-kira 1,000 peserta acara walkaton bersempena Hari Diabetes Sedunia di sini hari ini.

Baginda bersama peserta berjalan kira-kira lima kilometer bermula di Stadium Sultan Sulaiman di sini dan mengelilingi bandar ini sebagai simbolik mempromosi gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran terhadap penyakit diabetes dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, baginda berkenan merasmikan Hari Diabetes Sedunia peringkat kebangsaan.

Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail dalam ucapannya berkata badan-badan antarabangsa bimbang dengan pertambahan pesakit diabetes yang kini mencecah seramai 382 juta orang.

“Pada 2035 angka ini bakal meningkat kepada 592 juta pesakit,” katanya.


Beliau berkata sebagai langkah mengawal peningkatan pesakit itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan kempen kesedaran dan pencegahan perlu dilaksanakan
di peringkat global.

“Di Malaysia kesedaran rakyat mengenai bahaya penyakit diabetes masih rendah, ramai pengidap diabetes tidak tahu mereka menghidap penyakit itu,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia cawangan Selangor, Datin Paduka Santha Kumari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori