Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Zoo Johor Berusia 36...

JOHOR BAHRU - Zoo Johor hari ini "berwajah baharu" selepas sekumpulan sukarelawan menggembleng...

Penggulungan Perbahasan Oleh Najib...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan melabuhkan tirai Sabtu, disambung...

Piala Dunia : Tempat...

ST PETERSBURG - Belgium melakar penamatan Piala Dunia terbaik selepas gol menerusi Thomas...

SPR Dicadang Tarik Kelayakan...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lebih tegas dan menarik kelayakan calon...

Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 Diluluskan

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat malam ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 selepas dibahaskan sejak 24 Okt lepas.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undian belah bahagian dengan 105 Anggota Parlimen menyokong, 73 tidak bersetuju dan seorang tidak mengundi (berkecuali).

Keputusan undian itu diumumkan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira 11 malam tadi.

Rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali ketiga yang kemudiannya disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan rang undang-undang itu pada 21 Okt lepas dan diluluskan di peringkat dasar pada 7 Nov sebelum ke peringkat jawatankuasa.


Rang undang-undang ini bertujuan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion untuk perbelanjaan kerajaan pada 2017.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori