Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kebanggaan Anak Muda Terhadap...

ASTANA (Kazakhstan) - Cendekiawan selalu berkata kalau mahu melihat masa hadapan sebuah negara,...

Ahmad Maslan Kena Boo...

KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi diboo penyokong bekas Timbalan Perdana...

PAS Ucap Tahniah Ketua...

KUALA LUMPUR - PAS mengucapkan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Menyorok Di Rumah Lepas...

BANTING - Seorang murid lelaki mengalami kecederaan parah selepas menjadi mangsa langgar lari...

Rasuah Projek PBT: Pegawai Bergelar ‘Datuk’ Direman

MELAKA – Seorang pegawai awam bergelar ‘Datuk’ ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah melibatkan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka, hari ini.

Pegawai lelaki berusia 55 tahun itu diperintah supaya ditahan reman selepasdia dibawa ke Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Syarina Shaarani @ Tan membenarkan permohonan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki itu selama empat hari bermula hari ini.

SPRM turut membekukan akaun bank milik suspek yang mengandungi wang jutaan ringgit, dipercayai diraih menerusi rasuah.


Pegawai awam itu ditahan SPRM kira-kira 2 petang semalam dan siasatandijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki berkenaan yang berpakaian sut lengkap itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi anggota SPRMsebelum meninggalkan mahkamah hampir sejam kemudian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori