SEORANG remaja dari Eropah mendapat idea kreatif dengan memanfaatkan akaun laman sosial Instagramnya untuk mendidik pengguna Internet tentang dunia serangga.
Remaja berusia 19 tahun, Adrian Kozakiewicz menerusi media sosial itu telah berkongsi gambar selfie atau swafotonya bersama-sama serangga peliharaannya yang terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz.
Menerusi gambar yang dikongsi, Kozakiewicz kelihatan seronok ‘bermain-main’ dengan haiwan yang dipeliharanya lantas mengundang perhatian pengguna laman sesawang.
Foto-foto yang dikongsi memperlihatkan Kozakiewicz berselfie dengan haiwan peliharaannya merangkak di wajah dan tangannya tanpa sekelumit rasa takut.
Malah dalam salah satu posting yang dimuat naik itu, Kozakiewicz berkongsiĀ video tiga ekor labah-labah berwarna hitam merangkak pada wajahnya. Video berkenaan telah ditonton lebih 600 ribu oleh pengguna internet.
Meskipun begitu, hobi yang dimiliki oleh Kozakiewicz ini tidak digemari oleh segelintir netizen yang merasakan serangga itu menakutkan dan berbisa.
Namun minatnya terhadap serangga dan perkongsian yang dilakukan di laman sosialnya itu telah menerima seramai 22,000 pengikut laman sesawang. – MYNEWSHUB.CC