Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Kisah Barisan Alternatif Tidak...

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat tidak akan mengalami nasib yang sama seperti Barisan...

Tok Mat Positif COVID-19

SEREMBAN: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan disahkan positif COVID-19.Beliau yang juga...

PRU14: Polis Perlis Keluar...

KANGAR - Polis Perlis mengeluarkan 159 permit ceramah kepada parti-parti politik sepanjang tempoh...

436 Terbunuh, Rugi RM1.4...

JAKARTA - Selepas lebih seminggu, jumlah korban gempa bumi Lombok kini mencecah 436...

RM15j Perkasa Khidmat Pos Luar Bandar Di Sarawak

LUNDU (Sarawak) – Kira-kira RM15 juta disalur kepada Pos Malaysia sejak enam tahun lalu khusus bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasa dan menaik taraf perkhidmatannya di kawasan luar bandar di Sarawak di bawah program Transformasi Perkhidmatan Pos Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata ia merupakan usaha berterusan kerajaan bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar menerusi penyediaan rangkaian komunikasi yang efisien dan inklusif, yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata sejak tahun 2008 lagi, SKMM melaksanakan pelbagai inisiatif yang bernilai kira-kira RM2 bilion bagi tujuan itu, termasuk membina 337 menara telekomunikasi di seluruh Sarawak, dengan 15 lagi sedang dalam pembinaan.

Selain itu, katanya, sebanyak 104 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah dibangunkan di Sarawak, dengan 21 lagi masih dalam pembinaan, manakala 1,027 wifi komuniti pula telah beroperasi dengan sempurna, dan 76 lagi sedang dalam proses pemasangan.

“Bagi program transformasi pos, manfaatnya termasuk menyediakan peluang pekerjaan sambilan buat 250 posmen komuniti dan 350 wakil posmen komuniti, bagi meningkatkan tahap serahan mel dan bungkusan kepada premis di luar bandar,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Transformasi Perkhidmatan Pos peringkat negeri di Dewan Suarah, di sini hari ini.

Jailani berkata dalam membantu usaha mewujudkan ekosistem e-dagang yang lebih efisien di luar bandar, Pos Malaysia bekerjasama dengan PI1M untuk menjadi ejen, dengan usahawan luar bandar boleh menggunakan sepenuhnya semua fasiliti pos yang ditumpukan di pusat-pusat berkenaan.


Beliau berkata semua inisistif itu menyerlahkan komitmen kerajaan memastikan sektor e-dagang tumbuh dengan lebih pesat, di samping membina rangkaian jalur lebar yang inklusif selaras dengan kehendak pengguna.

“Kerajaan persekutuan menjalankan kerjasama erat dengan kerajaan negeri bagi tujuan itu, dan apabila kita promosi e-dagang ini, ia perlu dilengkapi dengan rangkaian e-fulfilment bagi memastikan kejayaannya.

“Rakyat di luar bandar perlu diberi kemudahan sewajarnya, dan usaha pemerkasaan ini selari dengan agenda Barisan Nasional mengenai dasar pembangunan inklusif, terutama memastikan ia turut merangkumi pemerkasaan isi rumah kumpulan bawah 40,” katanya.

Perasmian majlis hari ini disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Sarawak Datuk Julaihi Narawi yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • pos

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori