Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penumpang Sudah Pengsan Sebelum...

Perubahan tekanan udara yang drastik mungkin menyebabkan semua penumpang dan anak kapal pesawat...

Pesakit Mental Maut Setelah...

BESUT - Seorang pesakit mental meninggal dunia setelah mengamuk di Kampung Gong Resam,...

1MDB Kesan Cubaan Pihak...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, pihaknya berjaya menghalang cubaan untuk...

“Tak Takut Ke Dik...

GARA-GARA mahu elak dimarahi bapa kerana kuat tidur, seorang kanak-kanak 12 tahun memilih...

RM200j Diperuntuk Bina Rumah Anggota BN10 PGA

SIBU – Sebanyak RM200 juta diperuntukan di bawah Bajet 2017 bagi pembinaan dan pembaikan kemudahan perumahan anggota Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Lanang dekat sini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata peruntukan yang akan disalurkan secara berperingkat itu akan digunakan untuk membina 40 hingga 50 rumah baharu, membaiki berek sedia ada dan membina satu dewan serbaguna baharu.

“Kementerian sudah berunding dengan kontraktor untuk pembinaan berek itu menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) dan sedang dalam proses untuk mendapatkan bahan bina khas bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Batalion ke-10 PGA hari ini.

Selain membina rumah baharu, pembaikan akan dilakukan di berek sedia ada termasuk menggantikan sistem paip air dan pendawaian elektrik yang telah lama.

Masir berkata, tidak seperti berek lama yang dibuat daripada kayu, berek baharu itu nanti akan menggunakan konkrit dan akan mempunyai spesifikasi yang sama iaitu satu ruang tamu, dua bilik tidur dan dapur.


Pembinaan dan kerja pembaikan itu dijangka dimulakan sebaik diluluskan pada tahun hadapan.

Pada lawatan itu juga, Masir menyerahkan bantuan wang tunai berjumlah RM14,000 kepada tujuh anggota batalion berkenaan yang kehilangan harta benda dalam kebakaran yang memusnahkan berek mereka pada 5 November lalu.

Berek anggota, kuarters pegawai dan pejabat yang digunakan sejak lebih 40 tahun lalu berada dalam keadaan yang amat usang dan kemungkinan berlaku kebakaran akibat litar pintas adalah amat tinggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori