Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kesemua 11 Wanita Seksi...

TEHRAN - Sebuah pesawat persendirian dari Turki yang membawa 11 orang termasuk anak...

Kura-Kura Zizan Pakai ‘Baju’...

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon Zizan Razak tampil berkongsi foto seekor kura-kura...

Kompaun Jika Tunggakan GST...

PUTRAJAYA - Pihak berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang masih mempunyai tunggakan...

Alkisah Muhyiddin Mahu Cabar...

MUNGKIN tidak belajar daripada sejarah atau buat-buat lupa sejarah, hasrat murni oleh Tan...

RM5 Juta Baik Pulih Kawasan Tanah Runtuh Di Serendah

HULU SELANGOR – Sebanyak RM5 juta akan disediakan untuk membaik pulih jalan raya dan kawasan terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini Sabtu lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerja baik pulih akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebaik menerima laporan penuh daripada pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains.

Beliau berkata penambahbaikkan itu adalah untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelak situasi sama daripada berulang.

“Setakat ini ‘sheet pilling’ atau cerucuk sudah siap dipasang. Punca aliran air bawah tanah akan dikenal pasti kerana air yang mengalir bukan datang daripada saluran paip yang pecah kerana apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menutup saluran paip air, dilihat air tetap juga mengalir,” katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa kejadian di taman tersebut.


Beliau berkata JKR akan turut melakukan siasatan forensik terhadap bangunan di kawasan itu bagi memastikan ia selamat diduduki.

Azmin menyampaikan sumbangan RM500 kepada setiap 64 keluarga yang terpaksa berpindah susulan kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori