Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Biar Mahkamah Sahaja Yang...

Kontroversi yang melanda pemain bola sepak bagi pasukan JDT, Aidil Zafuan dan pelakon...

China Beri Jaminan Pantau...

BEIJING: China memberi jaminan melakukan pemantauan teliti dan menjalankan proses yang selamat dalam...

ATM Rai Kanak-Kanak, Kurang...

PADANG BESAR - Seramai 21 kanak-kanak penghidap kanser diraikan sempena program Jelajah Semarak...

Budak Maut, 7 Cedera...

Beaufort - Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala tujuh cedera selepas tiga rumah dihempap...

Rompak Kereta: Mekanik Dipenjara 5 Tahun, 1 Sebatan

PETALING JAYA – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas dia mengaku salah merompak sebuah kereta di Subang Jaya, Jun lalu.

Lim Kwang Peng, 26, bersama-sama seorang lagi yang telah meninggal dunia dituduh melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan sepucuk pistol ke atas Azizan Ahmad, 53, dan melarikan kereta Volkswagen bernilai RM80,000 milik wanita itu di hadapan rumah mangsa di Jalan USJ 2/5B, Subang Jaya pada 9.45 pagi, 23 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.


Peguam Esther Tan yang mewakili Lim memohon anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang minimum. – BERNAMA

Rompak Kereta: Mekanik Dipenjara 5 Tahun, 1 Sebatan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori